KRIM

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Wednesday, August 25, 2010

Tahniah Penulis Muda Pemenang Cerpen Islami


Pihak Kelab Remaja ISMA dengan berbesar hati menjemput ANDA SEKELUARGA UNTUK MENGHADIRI Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami dan PELANCARAN BUKU CERPEN KRIM pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

Dijemput juga kepada para peserta cerpen yang lain untuk hadir dan memeriahkan majlis ini. InsyaAllah ada sesuatu yang istimewa buat anda yang hadir….

PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN MENULIS CERPEN ISLAMI

1)NUR NATASHA BT MOHAMAD SAIN (KERANA Mu Ar-Rahim)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR, MELAKA

2)SITI NOR SYUHADA BT AHMAD SANUSI (REVOLUSI IMAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA

3)TENGKU FATIMAH AZZAHRA BT TENGKU MD FAUZI (MUJAHID MELAYU)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA ABANG

SAGUHATI

1. MOHAMMAD SHUKRI B MOHD ZAIN
Maahad Muhammadi Lelaki Kelantan

2. NUR FARHANA BT ARIFFIN
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

3. SITI SHAIDATIHA ZULAIKHA BT SHARUDDIN
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

4. NURUL SYAFIQAH BT ZAMRI
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

5. MUHAMMAD AMMAR BIN ABU KASSIM
Maktab Mahmud Yan

6. NUR AFIQAH DHABITAH BT BASIRAN
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

7. WAN NUR IZZATI BT WAN MOHD SYUKRI
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

8. SITI SOLEHA BT ABD RAHMAN
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

9. FATIN NAJIHA BT ISMAIL
SMK(A) Sharifah Rodziah,Telok Mas,75460,Melaka

10.AINUL FARIHAH BT AZIZI
Sekolah Men Islam Hidayah Johor Baharu

11.SALMA BT YAAKUB
Sekolah Men Keb(A) Kuala Abang Dungun

12.NURHANAN BT CHE KAMARUDDIN
SBP Integrasi Sabak Bernam

13.NURUL SAADIAH BT HASIN
Sekolah Menengah Teknik Melaka

14.NUR ATHIRAH BT MOHD SALIHIN
Sekolah Menengah Teknik Melaka

15.NURUL IZZATI BT MOHD KHIR
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu

KRIM Melaka mengucapkan tahniah kepada pemenang dari sekolah-sekolah di Melaka. Semoga cerpen anda ini akan menjadi sumber bacaan yang bermanafaat kepada remaja di seluruh Malaysia.

Selamat Maju Jaya...

Wednesday, August 18, 2010

Program Motivasi 3A beri penekanan aspek akidah, akhlak dan akademik remaja

Peserta Motivasi 3A bergambar bersama Pengetua, guru-guru dan fasilitator KRIM

Tanjung Keling, 7 Ogos 2010 – Akhir-akhir ini kita sentiasa dipaparkan dengan pelbagai kes sosial remaja seperti kes pembuangan bayi dan pergaulan bebas. Paparan dari media massa menunjukkan masalah sosial remaja hari ini bagaikan tidak diketahui bilakah akan berkesudahan. Memahami hakikat ini KRIM Melaka telah mengambil inisiatif menjalankan program yang dinamakan Motivasi 3A untuk pelajar sekolah menengah yang akan menjadi titik tolak kecemerlangan remaja yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

“Kita berterima kasih kepada KRIM Melaka di atas kesudian pihak dan barisan fasilitatornya untuk mengadakan Motivasi 3A di sekolah ini, setelah pernah mengadakan program yang sama sebelum ini di SMS Muzaffar Shah (MOZAC).” Ujar Tn Hj Roszelan bin Majid selaku Pengetua SMK Kampung Gelam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup program Motivasi 3A (Akidah, Akhlak dan Akademik) yang disertai seramai 89 orang pelajar tingkatan satu di SMK Kampung Gelam.

Pengarah KRIM menerima cenderamata daripada Pengetua SMK Kg Gelam

Motivasi 3A ini sebenarnya adalah satu modul yang berteraskan Akidah, Akhlak dan Akademik. Ia merupakan satu modul yang telah disusun rapi oleh KRIM Melaka yang mana setiap aktiviti dan slot ceramah yang akan dijalankan adalah memenuhi aspek 3A tersebut.

Pada hari pertama, aktiviti dan slot yang telah dilakukan bersama para pelajar sekolah berkenaan adalah Ice-Breaking, Sharing Is Caring, Jejak Si Buta dan Sebelum Mata Terlena.

Aktiviti menarik semasa motivasi 3A

Menariknya pada keesokan hari para pelajar diajak bangun awal untuk berqiammullail. Seterusnya pada hari kedua itu, program diteruskan dengan slot “Remaja: Dari Mana Nak Ke Mana” dan aktiviti “Towards a Brighter Future” yang disampaikan sendiri oleh Pengarah KRIM Melaka iaitu En Mursyidi bin Muhammad dengan dibantu oleh barisan fasilitator KRIM Melaka.

Para pelajar dari sekolah bandar mahu pun luar bandar, mereka semua adalah sama. Tidak terkecuali dari terdedah kepada cabaran masalah sosial terutamanya hiburan menjadi berhala kehidupan sehingga akhirnya keseronokan membawa kesesatan dan pelbagai masalah sosial lain.. Di harap dengan menyertai program Motivasi 3A tersebut, semua peserta akan mampu untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup secara syumul selari dengan objektif penganjuran kem motivasi ini.

Kecemerlangan pelajar yang sebenar adalah cemerlang yang berteraskan 3A tersebut. Tidaklah dikira cemerlang dalam Islam jika hebat dalam akademik namun akidah dan akhlaknya rapuh dan hancur.

Saturday, August 14, 2010

Kelahiran Puteri Kedua

Tahniah dan doa diucapkan buat saudara Aizat (AJK KRIM Melaka), serta isterinya, Puan Siti Amalia (Timbalan Pengarah KRIM Melaka) serta seluruh keluarga di atas kelahiran cahaya mata perempuan yang kedua pada hari Khamis, 12 Ogos 2010, tepat jam 4.05 pagi. Mujahidah kecil tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT di Hospital Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam dengan berat kira-kira 3.15 kg.

Seluruh warga KRIM mendoakan agar bayi yang baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang solehah dan mujahidah dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan risalah Islam yang mulia insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Aizat dan seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Barakallahu lakum fil mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa balagha asyuddahu. Wa ruziqta birrahu.” (Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya).

REMAJA PERLU SYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

img_3679

Pengarah KRIM Melaka menerima cenderamata daripada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak

Sg Udang, 9 Ogos 2010 – Pada tanggal 31 Ogos 2010 nanti, genaplah 53 tahun rakyat Malaysia menikmati kemerdekaan di bumi Malaysia tercinta.

“Sebagai seorang remaja yang merdeka, kita seharusnya sentiasa bersyukur di atas nikmat kemerdekaan ini kerana tanpa kemerdekaan, kita mungkin tidak dapat merasai apa yg kita kecapi pada hari ini”, kata Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Melaka, En Mursyidi Mohammad.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan” sempena Majlis Penutupan sambutan Minggu Kemerdekaan di Dewan Budiman, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak. Seramai 689 pelajar Tingkatan 1 sehinga Tingkatan 5 dan barisan pengajar memenuhi ruangan dewan dalam majlis penutupan tersebut yang berakhir tepat jam 5 petang.

“Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita bebas dari penyelewengan syariat Ilahi merangkumi aspek kepercayaan, minda, jiwa, bangsa dan Negara”, tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa generasi muda adalah harapan bangsa, agama dan Negara. Remaja perlu meningkatkan aspek kekuatan spiritual, fizikal, emosional, sosial dan intelek bagi mengharungi cabaran dalam arus permodenan masa kini.

Turut hadir adalah Puan Hajah Zaliah bt Mehandin, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak dan wakil Aman Palestin, En M Harris b Hasbullah yang turut menyampaikan ceramah.

Friday, August 13, 2010

BEST (Be Excellent, Smart Thinking)

Paparan detik-detik semasa program BEST (Be Excellent, Smart Thinking) anjuran KRIM Melaka yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 yang lalu di Pejabat ISMA Melaka.






ALL THE BEST kepada peserta program. Moga ketemu lagi di program KRIM yang akan datang

Thursday, August 12, 2010

Jom Kita ke R&R KRIM Melaka!

Salam Ramadhan Kareem buat semua remaja di sekitar negeri Melaka. Sukacita dimaklumkan bahawa kami pihak KRIM Melaka berbesar hati menjemput adik-adik semua untuk menghadiri program Remaja & Ramadhan (R&R) yang akan diadakan pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H.
Selain majlis berbuka dan solat tarawikh, jangan lepaskan juga peluang anda untuk menonton tayangan video istimewa berjudul Children of Heaven dalam program R&R tersebut. Sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran dan panduan buat kita semua.
Kepada yang berminat, sila hubungi Abang Zailani atau Kak Atikah untuk menyertai program ini ye!