KRIM

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Thursday, June 23, 2011

Slot Bengkel Kerjaya Perkongsian Penuh Manfaat Kepada Para Pelajar

18 Jun 2011- Teluk Mas, Melaka: Peluang memanfaatkan bengkel kerjaya yang berlangsung dalam program Seminar Kerjaya 2011 tidak dilepaskan begitu sahaja oleh sejumlah lebih 300 pelajar dari beberapa buah sekolah di sekitar negeri Melaka baru-baru ini.

Mereka yang hadir adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan empat dan lima. Menariknya program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja ISMA dengan kerjasama SMK (A) Sharifah Rodziah itu telah menyediakan slot Bengkel Kerjaya yang terbahagi kepada lima bidang kerjaya yang produktif seiring dengan perkembangan ekonomi negara masa kini. Lima bidang tersebut adalah Kejuruteraan, Keusahawanan, Perakaunan, Keagamaan dan Perubatan.

Dalam setiap bilik bengkel tersebut, penganjur telah menampilkan ikon dari wakil ISMA yang terdiri daripada jurutera, akauntant, doktor perubatan, pensyarah agama dan usahawan.

Ternyata lima bidang yang dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing itu dapat membantu para pelajar yang hadir menambah pengetahuan dan terus memupuk minat yang mendalam dalam bidang diminati. Keluhuran hati para penceramah jemputan berkongsi maklumat dan peluang kerjaya di bengkel masing-masing membuatkan para pelajar teruja dan tidak segan silu untuk mengajukan soalan-soalan dalam sesi berkenaan seperti yang diperhatikan berlaku di bengkel perubatan, perakaunan dan keusahawanan.

SMK (A) Sharifah Rodziah berasa bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ini berikutan melihat manfaat yang besar kepada bukan setakat buat para pelajar sekolahnya sahaja malahan juga dari sekolah lain terutamanya apabila program yang dianjurkan pada tahun ini mempunyai slot bengkel kerjaya sedemikian.

Saturday, May 21, 2011

Keistimewaan Mentoring KRIM Melaka Berkongsi Ilmu dan Kemahiran Kepada Remaja

Durian Tunggal, Melaka – Buat julung-julung kalinya, KRIM Melaka Berjaya mengadakan program yang dinamakan “Mentoring KRIM Siri 1” yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara penggerak KRIM dengan ahli KRIM dan juga mengukuhkan hubungan sesama ahli KRIM Melaka.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat ISMA Melaka ini memuatkan dua slot utama yang unik iaitu slot menyediakan kek batik dan slot mengubahsuai gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Slot pertama yang dikendalikan oleh 2 orang penggerak KRIM Melaka iaitu Saudari Nur Atikah dan Saudari Salmi telah membuatkan pejabat ISMA Melaka “diselubungi” dengan bau coklat yang sungguh menyelerakan. Peserta lelaki juga dilihat tidak kekok dan mampu menyediakan kek batik tersebut sebaiknya.

Slot kedua pula telah dikendalikan oleh Saudara Hidhir yang juga AJK Biro Media ISMA Melaka. Ilmu pengubahsuaian beliau menarik minat peserta untuk tekun mendengar dan mencuba walaupun ada teknik yang agak sukar untuk dilakukan oleh pengguna baru. Akhirnya, satu poster berjaya dihasilkan dan para peserta tampak ingin cuba mendalami perisian tersebut dengan lebih lanjut di masa yang lain pula.

“Menarik, banyak ilmu baru dapat dipelajari”, itulah antara komen beberapa orang peserta daripada 17 orang peserta yang hadir. Semoga program ini mencapai objektifnya dan menjadi permulaan yang baik untuk siri-siri Mentoring KRIM Melaka yang seterusnya.

*gambar yang lain boleh dapat di facebook KRIM MELAKA


Friday, May 20, 2011

BENGKEL MATEMATIK

JOM!!!! MUDAH MATEMATIK...

Friday, May 13, 2011

Mentoring KRIM MEI..


Mari adik-adik2.... belajar buat kek batik & Edit photo..
RM 5 sahaja..
Tempat terhad!!!!!!
Hubungi Cikgu Razak : 019-6225284
Salmi : 013-4096339

Thursday, April 14, 2011

Café Cinta tarik penyertaan lebih 500 belia wanita dari seluruh Melaka

Masjid Al – Azim, Melaka – Lebih 500 belia wanita dari seluruh pelusuk negeri menyertai Café Cinta yang julung-julung kalinya diadakan anjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA telah berlangsung di Masjid Al ‘Azim, Melaka.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Wanita ISMA, Ustazah Rosita Rejab. Turut hadir ialah Naib Presiden I PEMBINA pusat, Saudara Aizuddin, Naib Presiden II PEMBINA Pusat,Nor Hasni Hayati dan AJK ISMA Ustazah Norazimah.

Café Cinta yang berlangsung seawal jam 7 pagi sehingga 2 petang ini berkonsepkan santai dan bicara cinta yang disampaikan melalui talk show, ceramah, sajak, nasyid dan fashion show.

“Kita disogokkan dengan pelbagai isu semasa yang menimpa belia wanita kebanyakannya adalah negatif seperti seks bebas dan buang bayi dari pelbagai arah. Hal ini kian meruncing dengan bertambahnya gejala-gejala sosial termasuk keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita yang berpunca dari lemahnya kawalan terhadap fitrah cinta yang dianugerahkan. Atas sebab itu, PEMBINA terpanggil untuk bersama menggembleng tenaga memancarkan gelombang positif kepada masyarakat terutamanya golongan belia wanita. Salah satu usaha PEMBINA adalah dengan penganjuran Café Cinta yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Melaka” jelas Dr Syarifah Hashim Pengarah Café Cinta berkenaan objektif PEMBINA menganjurkan program ini.

Beliau turut menekankan bahawa penganjuran Café Cinta hanya merupakan permulaan kepada banyak lagi program – program yang bakal dianjurkan dalam usaha untuk membina masyarakat amnya khususnya belia wanita kearah kehidupan yang lebih baik.

Sejajar dengan tema Seminar ‘dirimu permata Islam’, golongan belia amnya dan khususunya wanita perlu sedar peri pentingnya pembentukan diri untuk menjadi permata yang bersinar dengak akhlak dan keperibadian yang mulia sesuai seperti yang digariskan dan dituntut Islam.

Menurutnya lagi, PEMBINA merancang untuk mengadakan seminar seumpama itu itu sebagai acara tahunan sebagai medium untuk memantapkan lagi jati diri di kalangan belia khususnya wanita.

Seorang peserta, Dzamharirah, 22 tahun, ketika ditemui menyambut baik program tersebut dan menyifatkan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan belia.

“Melalui seminar ini, saya lihat kita dapat memberikan kesedaran terutama kepada golongan belia tentang betapa beharganya kita sebagai wanita dan betapa islam mengangkat dan meletakkan kedudukan kita di tempat yang mulia sejajar dengan peranan kita.

“Usaha ini dilihat sebagai satu langkah untuk menyedarkan belia tentang bahayanya cinta andai ia tidak dikawal oleh landasan syariat,” ujarnya.

Tuesday, March 15, 2011

3K Memberikan Kepuasan Kepada Para Peserta

Durian Tunggal, 11-12 Mac 2011: KRIM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan program 3K yang bertemakan Kemahiran, Kerohanian dan Kemesraan. Keistimewaan program ini adalah apabila hampir kesemua peserta yang menyertai program ini terdiri daripada mereka yang pernah menyertai program-program anjuran KRIM sebelum ini seperti JIRIM 2 dan Belajar Power.

Program yang bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan berakhir tengahari Sabtu itu telah menyajikan para peserta dengan pengisian program yang menarik yang berteraskan 3K. Selain didedahkan dengan pengetahuan tentang Kelebihan Ilmu dan 10 Muwasoffat Muslim, menariknya mereka turut diberikan tips berguna kemahiran Mind Mapping oleh En Mohammad Harris Hasbollah yang merupakan seorang pelajar cemerlang sewaktu zaman SPM dan kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia.

Ternyata para pelajar amat berpuas hati dengan keseluruhan program 3K ini apabila dikalangan peserta mereka meminta agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan mengharapkan program sebegini dipanjangkan tempoh programnya pada cuti sekolah panjang. Mereka memberikan maklumbalas bahawa program sebegini amat bermanfaat dan dapat mengisi aktiviti cuti sekolah mereka.