KRIM

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Friday, December 31, 2010

Friday, December 10, 2010

MENJADI PELAJAR "POWER"








Durian Tunggal, 5 Disember 2010 – “Orang biasa-biasa belajar biasa-biasa, hasilnya juga biasa-biasa, tetapi orang yang biasa-biasa, belajar luar biasa, hasilnya juga luar biasa”, itulah ungkapan yang telah diucapkan oleh Dr Hj Mohd Arif bin Mohd Nor, motivator hebat yang telah diundang untuk menjayakan seminar belajar power yang telah dianjurkan oleh Kelab Ikatan Muslimin Malaysia(KRIM) cawangan Melaka dan Pebimbing Rakan Siswa(PRS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM).

Seramai 41 orang pelajar, yang terdiri daripada anak-anak staf UTEM dan masyarakat di sekitar negeri Melaka, meluangkan selama 1 hari untuk memenuhkan masa-masa yang terluang anak mereka di musim cuti sekolah ini.

Di dalam seminar ini, para pelajar diterangkan mengenai potensi diri jika digabungkan, boleh menjadi seorang yang hebat melalui penekanan dari aspek mental, spiritual, fizikal dan emosi.Kehebatan manusia yang tiada tandingannya dan tiadanya keupayaan diri ketika kecil berjaya menyentuh hati para peserta. Aktiviti bola yang ingin mencungkil potensi para pelajar, berjaya menonjolkan potensi diri para peserta. Ibu bapa yang hadir, begitu teruja untuk menanyakan pelbagai soalan kepada penceramah di akhir sesi motivasi.

Perasmian penutup pula disempurnakan oleh pengarah kelab remaja ISMA, Saudara Mursyidi Mohammad dan diikuti dengan penyerahan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Dr Arif kepada para pelajar. Semoga kursus ini menjadikan para pelajar seorang insan yang “power” bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi akhlak yang dituntut sebagai insan yang beragama Islam.

Pengarah Belajar Power,
M Hidhir b Ibrahim

MONTAJ JIRIM 2