KRIM
Thursday, April 14, 2011
Café Cinta tarik penyertaan lebih 500 belia wanita dari seluruh Melaka
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Wanita ISMA, Ustazah Rosita Rejab. Turut hadir ialah Naib Presiden I PEMBINA pusat, Saudara Aizuddin, Naib Presiden II PEMBINA Pusat,Nor Hasni Hayati dan AJK ISMA Ustazah Norazimah.
Café Cinta yang berlangsung seawal jam 7 pagi sehingga 2 petang ini berkonsepkan santai dan bicara cinta yang disampaikan melalui talk show, ceramah, sajak, nasyid dan fashion show.
“Kita disogokkan dengan pelbagai isu semasa yang menimpa belia wanita kebanyakannya adalah negatif seperti seks bebas dan buang bayi dari pelbagai arah. Hal ini kian meruncing dengan bertambahnya gejala-gejala sosial termasuk keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita yang berpunca dari lemahnya kawalan terhadap fitrah cinta yang dianugerahkan. Atas sebab itu, PEMBINA terpanggil untuk bersama menggembleng tenaga memancarkan gelombang positif kepada masyarakat terutamanya golongan belia wanita. Salah satu usaha PEMBINA adalah dengan penganjuran Café Cinta yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Melaka” jelas Dr Syarifah Hashim Pengarah Café Cinta berkenaan objektif PEMBINA menganjurkan program ini.
Beliau turut menekankan bahawa penganjuran Café Cinta hanya merupakan permulaan kepada banyak lagi program – program yang bakal dianjurkan dalam usaha untuk membina masyarakat amnya khususnya belia wanita kearah kehidupan yang lebih baik.
Sejajar dengan tema Seminar ‘dirimu permata Islam’, golongan belia amnya dan khususunya wanita perlu sedar peri pentingnya pembentukan diri untuk menjadi permata yang bersinar dengak akhlak dan keperibadian yang mulia sesuai seperti yang digariskan dan dituntut Islam.
Menurutnya lagi, PEMBINA merancang untuk mengadakan seminar seumpama itu itu sebagai acara tahunan sebagai medium untuk memantapkan lagi jati diri di kalangan belia khususnya wanita.
Seorang peserta, Dzamharirah, 22 tahun, ketika ditemui menyambut baik program tersebut dan menyifatkan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan belia.
“Melalui seminar ini, saya lihat kita dapat memberikan kesedaran terutama kepada golongan belia tentang betapa beharganya kita sebagai wanita dan betapa islam mengangkat dan meletakkan kedudukan kita di tempat yang mulia sejajar dengan peranan kita.
“Usaha ini dilihat sebagai satu langkah untuk menyedarkan belia tentang bahayanya cinta andai ia tidak dikawal oleh landasan syariat,” ujarnya.
Tuesday, March 15, 2011
3K Memberikan Kepuasan Kepada Para Peserta
Durian Tunggal, 11-12 Mac 2011: KRIM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan program 3K yang bertemakan Kemahiran, Kerohanian dan Kemesraan. Keistimewaan program ini adalah apabila hampir kesemua peserta yang menyertai program ini terdiri daripada mereka yang pernah menyertai program-program anjuran KRIM sebelum ini seperti JIRIM 2 dan Belajar Power.
Program yang bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan berakhir tengahari Sabtu itu telah menyajikan para peserta dengan pengisian program yang menarik yang berteraskan 3K. Selain didedahkan dengan pengetahuan tentang Kelebihan Ilmu dan 10 Muwasoffat Muslim, menariknya mereka turut diberikan tips berguna kemahiran Mind Mapping oleh En Mohammad Harris Hasbollah yang merupakan seorang pelajar cemerlang sewaktu zaman SPM dan kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia.
Ternyata para pelajar amat berpuas hati dengan keseluruhan program 3K ini apabila dikalangan peserta mereka meminta agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan mengharapkan program sebegini dipanjangkan tempoh programnya pada cuti sekolah panjang. Mereka memberikan maklumbalas bahawa program sebegini amat bermanfaat dan dapat mengisi aktiviti cuti sekolah mereka.
Friday, March 4, 2011
Wednesday, February 23, 2011
MABIT 2011

MABIT merupakan singkatan bagi "Malam Bina Iman & Taqwa" yg mana tujuan am program ini diadakan untuk memuhasabah & meningkatkan kadar Iman kita yg kerap kali naik & turun.
Antara OBJEKTIF KHUSUS bagi MABIT siri 2 kali ini yg bertemakan "THE PROPHET MUHAMMAD S.A.W.; The Chosen One" adalah:
1. Menyemai rasa rindu & kasih kpd Baginda.
2. Mencari kemanisan beribadah kpd Allah.
3. Merapatkan hubungan persaudaraan sesama muslim (ukhwahfillah).
Antara yg Menarik:
*Qiam(Tahajjud)
*Tayangan Video
*Pengisian Sirah
*Riadah
*UkhwahFillah
*Tiada Bayaran! (FREE)
*Percuma Penanda Buku!
*Sarapan Bersama
Friday, January 7, 2011
Temuramah KRIM bersama Pemenang Cerpen Islami
Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar.
[W =Wartawan KRIM Melaka, N = Adik Nur]
W : Berikan sedikit latarbelakang tentang diri?
N: Nama saya Nur Natasha. Saya sedang belajar di SBPI Selandar. Cita-cita saya ialah untuk menjadi Pensyarah Bidang Keusahawanan. Saya memang minat mengarang.
W: Sejak bila adik mula menulis?
N : Tingkatan 1 tetapi tidak begitu serius.
W : Berapakah karya yang berjaya dihasilkan?
N: 3 karya: 1. My Love for you in this Spring
2. Teman Seindah Rupa itu
3. KeranaMu Ar Rahim
W : Apakah yang mendorong adik untuk menulis cerpen?
N: Ayah dengan emak saya minat menulis. Saya mengikut jejak ayah.
W : Adakah adik mempunyai idola dalam bidang penulisan?
N : Ada. Siti Romizah penulis bagi buku ‘Andai itu Takdirnya’ dan Siti Nur Duha, penulis bagi buku ‘Akhir Sebuah Cinta’.
W: Adakah adik memiliki perancangan jangka panjang dalam bidang penulisan? Boleh adik kongsi?
N : InshaAllah, akan menghasilkan cerpen karangan saya beserta kawan-kawan daripada SBPI Selandar.
W: Apakah tip-tip dalam menghasilkan cerpen yang bermutu?
N : 1. Banyak membaca novel. Di rumah, ada 100 buah buku.
2. Gunakan waktu efektif. Saya menggunakan waktu Subuh untuk menulis.
3. Memilih novel yang betul untuk dibaca.
4. Pandangan ibu bapa adalah penting
5. Kaitkan karya dengan isu semasa.
W : Baiklah, setakat di sini temuramah KRIM bersama adik Nur. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.
