KRIM

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Wednesday, August 18, 2010

Program Motivasi 3A beri penekanan aspek akidah, akhlak dan akademik remaja

Peserta Motivasi 3A bergambar bersama Pengetua, guru-guru dan fasilitator KRIM

Tanjung Keling, 7 Ogos 2010 – Akhir-akhir ini kita sentiasa dipaparkan dengan pelbagai kes sosial remaja seperti kes pembuangan bayi dan pergaulan bebas. Paparan dari media massa menunjukkan masalah sosial remaja hari ini bagaikan tidak diketahui bilakah akan berkesudahan. Memahami hakikat ini KRIM Melaka telah mengambil inisiatif menjalankan program yang dinamakan Motivasi 3A untuk pelajar sekolah menengah yang akan menjadi titik tolak kecemerlangan remaja yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

“Kita berterima kasih kepada KRIM Melaka di atas kesudian pihak dan barisan fasilitatornya untuk mengadakan Motivasi 3A di sekolah ini, setelah pernah mengadakan program yang sama sebelum ini di SMS Muzaffar Shah (MOZAC).” Ujar Tn Hj Roszelan bin Majid selaku Pengetua SMK Kampung Gelam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup program Motivasi 3A (Akidah, Akhlak dan Akademik) yang disertai seramai 89 orang pelajar tingkatan satu di SMK Kampung Gelam.

Pengarah KRIM menerima cenderamata daripada Pengetua SMK Kg Gelam

Motivasi 3A ini sebenarnya adalah satu modul yang berteraskan Akidah, Akhlak dan Akademik. Ia merupakan satu modul yang telah disusun rapi oleh KRIM Melaka yang mana setiap aktiviti dan slot ceramah yang akan dijalankan adalah memenuhi aspek 3A tersebut.

Pada hari pertama, aktiviti dan slot yang telah dilakukan bersama para pelajar sekolah berkenaan adalah Ice-Breaking, Sharing Is Caring, Jejak Si Buta dan Sebelum Mata Terlena.

Aktiviti menarik semasa motivasi 3A

Menariknya pada keesokan hari para pelajar diajak bangun awal untuk berqiammullail. Seterusnya pada hari kedua itu, program diteruskan dengan slot “Remaja: Dari Mana Nak Ke Mana” dan aktiviti “Towards a Brighter Future” yang disampaikan sendiri oleh Pengarah KRIM Melaka iaitu En Mursyidi bin Muhammad dengan dibantu oleh barisan fasilitator KRIM Melaka.

Para pelajar dari sekolah bandar mahu pun luar bandar, mereka semua adalah sama. Tidak terkecuali dari terdedah kepada cabaran masalah sosial terutamanya hiburan menjadi berhala kehidupan sehingga akhirnya keseronokan membawa kesesatan dan pelbagai masalah sosial lain.. Di harap dengan menyertai program Motivasi 3A tersebut, semua peserta akan mampu untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup secara syumul selari dengan objektif penganjuran kem motivasi ini.

Kecemerlangan pelajar yang sebenar adalah cemerlang yang berteraskan 3A tersebut. Tidaklah dikira cemerlang dalam Islam jika hebat dalam akademik namun akidah dan akhlaknya rapuh dan hancur.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. syabas dan tahniah atas kerjasama pihak tuan/puan membantu pembangunan insaniah pelajar sekolah kami
    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    SMK Kampung Gelam Melaka
    http://smkgelam.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri juga dari kami KRIM Caw. Melaka.

    ReplyDelete