KRIM

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Saturday, August 14, 2010

REMAJA PERLU SYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

img_3679

Pengarah KRIM Melaka menerima cenderamata daripada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak

Sg Udang, 9 Ogos 2010 – Pada tanggal 31 Ogos 2010 nanti, genaplah 53 tahun rakyat Malaysia menikmati kemerdekaan di bumi Malaysia tercinta.

“Sebagai seorang remaja yang merdeka, kita seharusnya sentiasa bersyukur di atas nikmat kemerdekaan ini kerana tanpa kemerdekaan, kita mungkin tidak dapat merasai apa yg kita kecapi pada hari ini”, kata Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Melaka, En Mursyidi Mohammad.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan” sempena Majlis Penutupan sambutan Minggu Kemerdekaan di Dewan Budiman, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak. Seramai 689 pelajar Tingkatan 1 sehinga Tingkatan 5 dan barisan pengajar memenuhi ruangan dewan dalam majlis penutupan tersebut yang berakhir tepat jam 5 petang.

“Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita bebas dari penyelewengan syariat Ilahi merangkumi aspek kepercayaan, minda, jiwa, bangsa dan Negara”, tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa generasi muda adalah harapan bangsa, agama dan Negara. Remaja perlu meningkatkan aspek kekuatan spiritual, fizikal, emosional, sosial dan intelek bagi mengharungi cabaran dalam arus permodenan masa kini.

Turut hadir adalah Puan Hajah Zaliah bt Mehandin, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak dan wakil Aman Palestin, En M Harris b Hasbullah yang turut menyampaikan ceramah.

No comments:

Post a Comment